Tiada bukti penglibatan SPRM dalam manipulasi korporat

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

KUALA LUMPUR, 10 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan berhubung dakwaan manipulasi korporat setakat ini tidak menemukan sebarang bukti yang mengaitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

RINGKASAN BERITA AI
  • PDRM tidak menemui bukti setakat ini yang mengaitkan SPRM dengan dakwaan manipulasi korporat.
  • Siasatan diteruskan dan beberapa individu akan dipanggil, termasuk mereka yang berada di luar negara.
  • <li.Kerjasama antara kerajaan ke kerajaan dan agensi ke agensi diperlukan apabila melibatkan negara asing.
  • PDRM tekankan siasatan menyeluruh dan profesional supaya sebarang dakwaan disokong bukti sebelum tindakan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, hasil siasatan yang dijalankan sejak awal sehingga kini belum menunjukkan penglibatan agensi berkenaan dalam kegiatan tersebut.

“Setakat ini, kita tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan SPRM, namun siasatan tetap diteruskan seperti diarahkan.

“Beberapa individu perlu dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk yang berada di luar negara. Apabila melibatkan negara asing, ia memerlukan kerjasama antara kerajaan ke kerajaan serta agensi ke agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, laporan media antarabangsa mendakwa kewujudan unsur ‘mafia korporat’ yang didakwa menyusup ke dalam struktur tertentu bagi mengawal kepentingan syarikat.

Bagaimanapun, PDRM menegaskan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan profesional bagi memastikan sebarang dakwaan disokong bukti sebelum tindakan lanjut diambil.