
BATU PAHAT, 10 April – Jabatan Imigresen (JIM) negeri Johor menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di 11 premis, di sini Selasa lalu.
- PATI dipercayai bekerja dan tinggal di premis tanpa dokumen sah, berusia antara 20 hingga 45 tahun.
- Premis terdiri daripada kedai makan, kedai tayar dan rumah kedai yang menggaji serta melindungi PATI.
- Operasi dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
PATI yang masing-masing berusia antara 20 hingga 45 tahun itu dipercayai bekerja dan tinggal di premis terlibat tanpa dokumen sah.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan memaklumkan, premis terdiri daripada kedai makan, kedai tayar dan rumah kedai yang dilaporkan masih menggaji serta melindungi PATI.
Mereka yang ditahan merupakan warganegara Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan Kemboja.
Operasi dijalankan mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Enam keping borang saman turut dikeluarkan kepada saksi bagi membantu siasatan.