Dua penganggur ditahan curi getah skrap RISDA

Foto IPD Saratok

SARATOK, 22 Oktober – Dua penganggur ditahan kerana disyaki mencuri getah skrap milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini, dengan nilai kerugian dianggarkan RM6,300.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua suspek lelaki, 26 dan 30 tahun, ditahan di kediaman masing-masing di Ulu Awik dan Ulu Krian.
  • Penyelia ladang melapor stok getah skrap di depo berkurangan semasa pemeriksaan.
  • Suspek mengaku mencuri empat guni getah skrap sejak 15 Ogos.
  • Getah dicuri dijual untuk membeli dadah; kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 26 dan 30 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing di Ulu Awik dan Ulu Krian, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pihaknya menerima laporan daripada penyelia ladang RISDA pada Isnin selepas mendapati stok getah skrap yang disimpan di Depo RISDA Ulu Awik berkurangan ketika pemeriksaan dilakukan.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek mengaku mencuri empat guni getah skrap dari depo berkenaan sejak 15 Ogos lalu.

Getah skrap yang dicuri itu kemudian dijual untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.