
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Bursa Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan susulan konflik Asia Barat yang berterusan dan terus mempengaruhi sentimen pasaran global.
- Pasaran kekal sensitif terhadap perkembangan geopolitik dan harga minyak, dengan Brent berpotensi melebihi AS$100 setong.
- Tekanan harga minyak memberi kesan kepada inflasi, kecairan dan prestasi sektor.
- Aliran masuk pelabur asing terus menyokong pasaran; Malaysia dilihat sebagai destinasi selamat dalam pasaran pesat membangun.
Pergerakan pasaran dijangka kekal sensitif terhadap perkembangan geopolitik serta harga minyak, dengan minyak mentah Brent berpotensi kekal melebihi AS$100 setong.
Sekali gus memberi kesan kepada inflasi, kecairan dan prestasi sektor.
Walaupun sentimen berhati-hati, aliran masuk pelabur asing memberi sokongan positif kepada pasaran, dengan Malaysia dilihat sebagai destinasi selamat dalam kalangan pasaran pesat membangun.
Bagi minggu dagangan yang berakhir, FBM KLCI susut 8.06 mata kepada 1,712.65.
Kebanyakan indeks utama mencatat penurunan kecuali FBM Emas Shariah, manakala sektor tenaga dan perladangan menunjukkan peningkatan.
Dari segi aktiviti, jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 12.24 bilion unit bernilai RM13.69 bilion, berbanding minggu sebelumnya.