Kebakaran belukar di Sibu berjaya dikawal

Foto Briged Kesembilan Infantri Malaysia

Sibu, 28 Mac – Kebakaran belukar di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu, yang memasuki hari kedua, berjaya dikawal sepenuhnya, melibatkan kawasan seluas 16.4 hektar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi libatkan 12 anggota JBPM BBP Sibu Sentral, 3 jentera dan bantuan beberapa agensi lain.
  • Operasi dibahagikan kepada Zon A dan Zon B, dilakukan berperingkat mulai pagi Jumaat menggunakan pam dan air sungai.
  • Logistik tambahan termasuk pam air, lori, dron pemantauan dan sebuah jengkaut digunakan.
  • Pemantauan diteruskan untuk memastikan tiada kebakaran semula di kawasan terbabit.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, operasi memadamkan kebakaran membabitkan 12 anggota JBPM daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bersama 3 jentera dan dibantu beberapa agensi lain.

Operasi dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon A dan Zon B serta dilakukan secara berperingkat bermula pagi Jumaat dengan menggunakan pam dan sumber air dari sungai untuk mengawal kebakaran.

Operasi juga menggunakan logistik tambahan seperti pam air, lori, dron pemantauan, serta sebuah jengkaut.

Pemantauan diteruskan bagi memastikan tiada kebakaran semula di kawasan terbabit.