Gempa 6.0 gegar Kepulauan Volcano

FOTO FACEBOOK METMALAYSIA

TOKYO, 2 Mac – Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter direkodkan berhampiran Kepulauan Volcano di Jepun pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa 6.0 direkodkan berhampiran Kepulauan Volcano, Jepun.
  • Tiada laporan kerosakan, kecederaan atau amaran tsunami setakat ini.
  • Kepulauan Volcano jarak kira-kira 1,250 km dari Tokyo dan hampir tidak berpenghuni.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS),setakat ini tiada laporan kerosakan, kecederaan atau amaran tsunami susulan gempa yang berlaku pada pukul 12.55 tengah hari waktu tempatan.

Kepulauan Volcano terletak kira-kira 1,250 kilometer dari Tokyo dan tidak berpenghuni kecuali kehadiran pangkalan tentera di Iwo Jima, lokasi pertempuran besar semasa Perang Dunia Kedua. – AFP