Wisma Putra keluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di Asia Barat

FOTO RTM

PUTRAJAYA, 1 Mac – Wisma Putra mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia di Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu supaya mengelakkan perjalanan tidak penting ke negara-negara tersebut sehingga situasi kembali stabil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Elakkan perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan UAE sehingga situasi kembali stabil.
  • Daftar keberadaan melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my untuk memudahkan komunikasi dan bantuan konsular.
  • Kekal bertenang, elak sebarkan khabar angin dan rujuk saluran rasmi Wisma Putra untuk maklumat terkini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan nasihat tersebut kekal berkuatkuasa dan akan dikemas kini sekiranya keadaan memerlukan langkah tambahan.

“Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas disaran untuk mendaftar keberadaan terkini melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan komunikasi dan penyaluran bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bilik operasi Wisma Putra juga akan kekal diaktifkan dan sedang menyelaras usaha bantuan konsular di rantau berkenaan.

Dalam pada itu, warganegara Malaysia diminta kekal bertenang, tidak menyebarkan khabar angin tak benar dan merujuk kepada saluran rasmi kementerian serta sumber sahih untuk mendapatkan maklumat terkini.