Belia 18-30 tahun ditawar akses AI percuma tiga bulan

Foto BERNAMA

CYBERJAYA, 28 Julai – Akses dan langganan perisian kecerdasan buatan (AI) secara percuma selama tiga bulan akan ditawarkan kepada belia berusia 18 hingga 30 tahun yang berjaya melengkapkan modul kursus di bawah program AI untuk Rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tawaran itu bertujuan memacu kefahaman dan kemahiran penggunaan AI khusus untuk belia.
  • Inisiatif ini akan memperkasa literasi AI dan dijangka memanfaatkan 100,000 belia.
  • Modul kursus merangkumi keselamatan AI, AI generatif dan keselamatan siber.
  • Program AI untuk Rakyat dibuka mulai 31 Ogos 2026, dilancarkan dalam majlis di Cyberjaya dengan kehadiran menteri berkaitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tawaran tersebut bertujuan memacu kefahaman dan kemahiran penggunaan Al khusus untuk belia di negara ini.

Jelasnya, inisiatif itu bakal memperkasa literasi AI dalam kalangan belia dan memanfaatkan 100,000 belia.

“Modul itu merangkumi keselamatan AI, AI generatif dan keselamatan siber. Jadi, kita siapkan sekarang untuk memastikan Program AI untuk Rakyat yang ditawarkan secara percuma kepada golongan berumur 18 hingga 30 tahun dibuka mulai 31 Ogos 2026 sebelum dilancarkan.

“Jadi, belia yang melengkapkan kursus AI berkaitan akan diberikan langganan percuma selama tiga bulan bagi aplikasi AI terkemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran AI Malaysia di Cyberjaya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.