Kerajaan berusaha pertahan harga minyak

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 Mac– Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga minyak sedia ada bagi rakyat Malaysia meskipun terdapat ketegangan global susulan konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga minyak sedia ada untuk rakyat Malaysia walaupun ketegangan global meningkat.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan usaha untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak.
  • Sekatan di Selat Hormus dan Laut Merah dijangka memberi tekanan kepada pasaran minyak dunia.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sekatan serta ketidaktentuan di laluan strategik dijangka memberi tekanan kepada pasaran minyak dunia.

“Disebabkan sekatan di Selat Hormus dan Laut Merah, kita menjangkakan terdapat kenaikan harga minyak.

“Tapi InsyaAllah untuk rakyat Malaysia, saya cuba pertahankan agar tidak ada kenaikan harga minyak bagi rakyat biasa dalam RM1.99 sen seliter,” katanya.