
PULAU BRASMANA, 1 Mac -Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi menggerakkan 18 aset termasuk kapal dan bot ronda sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri, bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara.
- 18 aset termasuk kapal dan bot ronda digerakkan sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri untuk kawal perairan.
- Sindiket penyeludupan pilih waktu sahur dan berbuka untuk lakukan aktiviti haram.
- PPM rekod rampasan lebih RM10.34 juta melibatkan 624 kes jenayah tahun lalu.
- Perjumpaan RV bersama Polis Marin Thailand tingkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat antarabdua agensi.
Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, sindiket penyeludupan kini dikesan memilih waktu sahur dan berbuka puasa untuk melakukan aktiviti haram.
Beliau berkata, PPM merekodkan rampasan lebih RM10.34 juta melibatkan 624 kes jenayahmelibatkan dadah, rokok seludup, barang kawalan, vesel serta barangan lain yang menyalahi undang-undang, sepanjang tahun lalu.
“Saya menaruh keyakinan kepada pegawai kanan juga anggota pasukan polis marin. Walau dalam keadaan sekalipun bulan puasa, keletihan dan kekangan sepanjang temph bulan Ramadan, saya melihat kesiapsiagaan aset dan -Pasukan Polis Marin Wilayah 1 sentiasa pada tahap tertinggi,” katanya kepada media selepas menghadiri pertemuan di laut dikenali Program Rendezvous (RV) bersama Polis Marin Diraja Thailand di perairan Ko Pratmanaatau Pulau Brasmana, Thailand.
Pada pertemuan tersebut turut dibincangkan kerjasama dua negara dalam usaha membanteras kegiatan jenayah rentas negara dengan memperkukuh jaringan perkongsian maklumat antara kedua-dua agensi tersebut.