
KUALA LUMPUR, 27 Februari – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan susulan laporan polis berhubung dakwaan wujud cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
- PDRM menjalankan siasatan susulan dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan sabotaj kestabilan negara.
- Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
- Orang ramai diminta elak spekulasi dan hormati prinsip keadilan jenayah semasa siasatan berjalan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kes tersebut melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah agensi media antarabangsa.
Jelasnya, kes berkenaan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
“Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan, siasatan masih di peringkat awal dan sedang diteruskan secara menyeluruh.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan serta menghormati prinsip keadilan jenayah yang diamalkan di negara ini.