
KUALA LUMPUR, 13 Februari – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan selamat menyambut Hari Radio Sedunia 2026 yang diraikan tanggal 13 Februari setiap tahun.
RINGKASAN BERITA AI
- Datuk Fahmi rakam penghargaan kepada warga radio atas usaha memastikan komunikasi berkesan.
- Radio dihargai kerana menyampaikan maklumat bermanfaat dan tepat kepada pendengar.
- Peranan radio dinilai penting dalam menyajikan hiburan berkualiti kepada masyarakat.
- Harapan supaya radio terus menyatukan masyarakat dan memperkukuh kefahaman serta keharmonian.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Fahmi turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga radio yang sentiasa memastikan komunikasi berkesan, menyampaikan maklumat bermanfaat dan tepat serta menyajikan hiburan berkualiti.
“Semoga radio terus menjadi medium yang dipercayai dalam menyatukan masyarakat, serta memperkukuh kefahaman dan keharmonian sejagat,” katanya.