Dimanakah Avril Filles Natalia?

Avril Filles Natalia anak Jimmey, dilaporkan hilang di alamat Kampung Tema Saan, Tebedu.

SERIAN, 11 Februari – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun empat bulan dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Kampung Tema Saan, Tebedu, di sini, petang Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Remaja perempuan berusia 16 tahun empat bulan dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Tebedu.
  • Pihak polis menerima laporan pada pukul 3.28 petang dan telah melakukan pencarian di lokasi berhampiran.
  • Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang untuk siasatan lanjut oleh polis Serian.
  • Orang ramai diminta hubungi talian polis 082-874201 atau Insp Nur Munirah 010-3604245 jika ada maklumat.

Ketua Polis Daerah Serian Supt Freddy Bian Stanislaus Bian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada pukul 3.28 petang.

Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh ayah remaja terbabit yang memaklumkan anak perempuannya, Avril Filles Natalia anak Jimmey, dilaporkan hilang di alamat Kampung Tema Saan, Tebedu.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai pakaian seragam sekolah serta membawa beg sekolah. Usaha mengesan mangsa telah dibuat di lokasi berhampiran namun setakat ini masih belum menjumpainya.

“Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis di talian 082-874201 atau menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Nur Munirah Binti Pardanah di talian 010-3604245 bagi membantu siasatan.