
MINNESOTA, 7 Februari – Ketua pasukan kebangsaan Colombia, James Rodriguez, telah menandatangani kontrak dengan Minnesota United pada Jumaat.
- James Rodriguez menandatangani kontrak dengan Minnesota United sehingga Jun 2026, dengan pilihan lanjutan hingga Disember 2026.
- Khaled El-Ahmad memuji kualiti, visi dan pengalaman Rodriguez yang akan menambah kreativiti kepada pasukan.
- Rodriguez dijangka membuat penampilan pertama menentang Austin pada 21 Februari dalam permulaan musim MLS.
Pemeteraian kontrak berkenaan menjadikan kelab berkenaan yang ketujuh selepas meninggalkan Real Madrid pada 2020, ketika bekas pemenang kasut Emas Piala Dunia 2014 meneruskan kariernya.
Kelab Major League Soccer (MLS) itu mengumumkan pemain tengah berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2026, dengan pilihan untuk melanjutkan sehingga Disember 2026.
Rodriguez akan menempati slot pemain antarabangsa selepas lulus pemeriksaan perubatan dan menerima visa.
“James adalah pemain yang kualiti, visi, dan pengalamannya di peringkat tertinggi tidak dipertikaikan.
“Kami teruja untuk menambah kreativiti dan kecerdasan bola sepaknya ke dalam kumpulan kami,” kata Pengarah Sukan Minnesota, Khaled El-Ahmad.
“Pada masa sama, perpindahan ini mengenai kekuatan kolektif dan bukan hanya tentang satu individu”, tambah Khaled.
Sejak musim 2019-20, Rodriguez telah bermain di pelbagai kelab dan di serata benua termasuk Everton, Al-Rayyan, Olympiacos, Sao Paulo, Rayo Vallecano, dan Leon, sebelum tiba di Minnesota.
“Ini babak baru yang sangat menggembirakan dalam hidup saya. Saya berharap berada pada tahap terbaik supaya dapat membawa kegembiraan kepada bandar ini dan semua orang yang meletakkan kepercayaan pada saya,” kata Rodriguez.
“Saya juga menantikan untuk bertemu peminat Minnesota yang bersemangat kerana saya juga pemain yang bersemangat, mahu memberikan segalanya di padang dan sentiasa mahu menang”, ujarnya.
Rodriguez dijangka mendapat diturunkan pada aksi pertamanya pada 21 Februari, menentang Austin pada musim baharu MLS. – REUTERS