SSM serah zakat korporat sebanyak RM218,000 kepada Jabatan Penjara Malaysia

Penyerahan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM218,060 kepada Jabatan Penjara Malaysia menerusi Program Pembangunan Insan

KAJANG, 6 Februari – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) meneruskan kesinambungan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM218,060 kepada Jabatan Penjara Malaysia menerusi Program Pembangunan Insan, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • SSM menyumbang Wakalah Zakat Korporat RM218,060 kepada Jabatan Penjara Malaysia melalui Program Pembangunan Insan.
  • RM195,000 untuk peralatan latihan bengkel roti, menyelaraskan kemahiran tahanan dengan standard industri.
  • RM23,060 diperuntuk untuk penambahbaikan Surau At-Taqwa Penjara Kajang sebagai sokongan kesejahteraan warga penjara.

Sebanyak RM195,000 diperuntukkan untuk pembelian peralatan latihan di bengkel roti manakala sebanyak RM 23,060 untuk penambaikan Surau At-Taqwa Penjara Kajang.

Ia bagi meningkatkan kemudahan latihan di Bengkel Roti Penjara Kajang agar setara dengan standard industri sekali gus menyokong usaha pemerkasaan kemahiran dan produktiviti warga penjara.

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan SSM dalam menyokong aspirasi kesejahteraan dan pembangunan insan, selari dengan nilai teras Malaysia MADANI.

Penyerahan sumbangan disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM Rezy Izwan Ramly. Hadir sama Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara KP Rosoman Abu Bakar @Che Din.

Sebelum ini menerusi program sama pihak SSM telah menyumbangkan 20 ekor lembu bagi pembiakbakaan, pelaksanaan krusus penternakan serta penyeleggaran surau di Pusat Koreksional di Kamuting, Perak.