Gangguan seksual: Pemandu e-hailing direman tiga hari

PDRM

JOHOR BAHRU, 5 Februari- Seorang pemandu e-hailing di Johor direman tiga hari susulan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita warga Vietnam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu e-hailing direman tiga hari bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual.
  • Suspek disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
  • Polis merampas dua telefon bimbit dan sebuah kereta milik suspek.
  • Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan rakaman kejadian bagi menjaga siasatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sini semalam dan direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Dalam operasi itu, polis merampas dua telefon bimbit dan sebuah kereta milik suspek.

Terdahulu, rakaman kejadian berkenaan tular di media, memaparkan suspek cuba memegang kaki mangsa dari tempat duduk pemandu.

Ab Rahaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman tersebut bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan