Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya sempena Tahun Baharu Cina

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 5 Februari – Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Larangan kenderaan barangan di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina 2026.
  • Tarikh larangan: 14, 15, 21 dan 22 Februari.
  • Pengusaha dan pemandu dinasihatkan mematuhi larangan untuk elak tindakan penguatkuasaan.
  • Orang ramai boleh buat aduan trafik melalui MyJPJ, e-Aduan@JPJ atau emel aduantrafik@jpj.gov.my.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, larangan itu berkuat kuasa dua hari sebelum perayaan berkenaan iaitu pada 14 dan 15 Februari serta pada 21 dan 22 Februari.

Sehubungan itu, semua pengusaha dan pemandu kenderaan barangan yang terlibat dinasihatkan supaya mematuhi sepenuhnya larangan berkenaan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.

“Pengguna jalan raya turut diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta merancang perjalanan dengan baik sepanjang musim perayaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPJ turut mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas melalui aplikasi MyJPJ, sistem e-Aduan@JPJ atau emel aduantrafik@jpj.gov.my.
.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan