SHAKAM: Kerajaan peruntuk RM4.42 juta untuk atlet negara di Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2025

SHAKAM: Kerajaan peruntuk RM4.42 juta untuk atlet negara di Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2025.

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Kerajaan menyalurkan RM4.42 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada atlet negara yang beraksi pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2025 di Thailand sebagai penghargaan atas kejayaan mereka di pentas serantau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan menyalurkan RM4.42 juta melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) untuk atlet Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2025.
  • Peruntukan diagihkan: RM2.6 juta bagi atlet normal dan RM1.475 juta bagi atlet para sebagai penghargaan dan motivasi.
  • Insentif dimaksudkan untuk menggalakkan persediaan lebih rapi bagi kejohanan lebih besar termasuk Sukan Asia 2026 dan tuan rumah Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata daripada jumlah itu, RM2.6 juta diperuntukkan kepada atlet normal manakala RM1.475 juta kepada atlet para sebagai pengiktirafan terhadap pengorbanan serta komitmen wira dan wirawati negara.

“Ini adalah salah satu cara kerajaan menghargai atlet-atlet kita supaya mereka terus bersemangat dan berasa dihargai. Tetapi saya ingin tekankan, ini bukan noktah kepada kejayaan mereka, sebaliknya permulaan untuk berjuang dengan lebih hebat bagi temasya akan datang.” katanya selepas Majlis Penyampaian SHAKAM Temasya Sukan SEA dan Sukan Para Asean 2025 di ibu negara.

Menurut beliau, kejayaan di Sukan SEA perlu dijadikan asas untuk memperkemaskan persiapan menghadapi cabaran lebih besar termasuk Sukan Asia 2026 di Nagoya.

“Insentif ini bukan untuk membuatkan atlet selesa atau hanyut dengan kejayaan. Ia bertujuan memberi motivasi supaya mereka kembali fokus, menjaga sikap dan terus bekerja keras untuk mencapai sasaran, malah melepasi sasaran yang ditetapkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan persiapan rapi perlu dilakukan segera memandangkan Malaysia akan menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027.

“Kita mahu atlet kita bukan sahaja mencapai sasaran, tetapi melepasi sasaran dan terus menjadi kebanggaan negara,” katanya lagi.##

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan