Terbuka Denmark: Sze Fei-Izzuddin mara ke suku akhir

Sze Fei-Izzuddin mara ke suku akhir Terbuka Denmark selepas menewaskan rakan beregu senegara Chia Weijie-Teo Ee Yi awal pagi tadi./ BAM

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Denmark selepas menumpaskan rakan senegara Chia Weijie-Teo Ee Yi awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gandingan ranking keenam dunia menang 21-18, 21-11 dalam 28 minit di SJF Bank Arena.
  • Akan bertemu gandingan nombor dua dunia Liang Wei Keng Wang di suku akhir.
  • Liang Wei Keng Wang menewaskan pasangan Taiwan Fang Chih Lee Fang Jen Lee 21-19, 21-15 dalam 35 minit.
  • Beregu campuran Chen Tang Jie Chan Wen Tse tewas 23-21, 18-21, 20-22 dalam 65 minit.

Pada aksi yang berlangsung di SJF Bank Arena di Odense, gandingan yang berada di ranking keenam dunia itu tidak berhadapan masalah untuk menang straight set 21-18, 21-11 dalam tempoh 28 minit.

Tugas sukar menanti pasangan itu di suku akhir hari ini apabila bertemu gandingan nombor dua dunia Liang Wei Keng-Wang Chang dari China yang menewaskan pasangan Taiwan Fang Chih Lee-Fang Jen Lee 21-19, 21-15 dalam tempoh 35 minit.

Sementara itu, hasrat pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse untuk turut mara ke suku akhir tidak kesampaian apabila tunduk kepada gandingan keenam dunia dari China Chen Fang Hui-Guo Xin Wa.

Pasangan negara itu memberi tentangan sengit sebelum tewas 23-21,18-21, 20-22 dalam tempoh 65 minit. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.