Terbuka Mesir: Sivasangari tewas, El Hammamy akui saingan sengit di separuh akhir

Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Hasrat pemain skuasy negara S. Sivasangari untuk melangkah ke final Terbuka Mesir 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada juara bertahan Hania El Hammamy pada peringkat separuh akhir di Giza pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertarungan lima set selama 86 minit, keputusan set: 11-6, 10-12, 21-10, 0-11, 10-12, menunjukkan saingan sengit di gelanggang kaca Giza.
  • Hania El Hammamy melebarkan rekod pertemuan dengan Sivasangari kepada 11-2 dan kini hampir meraih gelaran Terbuka Mesir ketiga.
  • Amina Orfi layak ke final selepas bangkit daripada ketinggalan set untuk menewaskan Nouran Gohar 9-11, 11-8, 12-10, 11-6.

Walaupun tewas, Sivasangari, 27, memberikan saingan sengit kepada pilihan utama yang juga peserta kegemaran tuan rumah dalam aksi lima set mendebarkan selama 86 minit, 11-6, 10-12, 21-10, 0-11, 10-12 di gelanggang kaca di hadapan Piramid Besar Giza.

Keputusan itu menyaksikan El Hammamy, pemain nombor dua dunia melebarkan kelebihan rekod pertemuan dengan Sivasangari yang menghuni ranking kelima dunia kepada 11-2.

Pemain Mesir berusia 26 tahun itu kini hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran Terbuka Mesir buat kali ketiga dan akan berdepan rakan senegara yang juga pemain nombor satu dunia Amina Orfi pada aksi final hari ini, menjadikannya pertemuan kelima mereka tahun ini.

Orfi, 19, menempah tempat ke perlawanan akhir selepas bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan rakan senegara Nouran Gohar 9-11, 11-8, 12-10, 11-6 dalam pertembungan separuh akhir yang berlangsung selama 71 minit. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.