
LOS ANGELES, 4 Februari – Disney telah melantik Josh D’Amaro, ketua bahagian taman tema syarikat itu, untuk menggantikan Robert Iger sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) gergasi media global berkenaan.
RINGKASAN BERITA AI
- Josh D'Amaro dilantik CEO Disney, menggantikan Robert Iger, berkuat kuasa 18 Mac 2026.
- D'Amaro mengetuai Disney Experiences sejak 2020, mengurus taman tema, resort dan kapal persiaran.
- Iger kekal sebagai penasihat kanan dan ahli lembaga sehingga persaraan akhir 2026.
D’Amaro mengetuai bahagian Disney Experiences yang menguntungkan, yang menguruskan taman tema, resort, dan kapal persiaran syarikat sejak 2020.
Beliau akan memegang jawatan CEO mulai 18 Mac 2026, pada hari yang sama dengan mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai presiden Walt Disney World Resort dan menyertai Disney pada 1998.
Iger akan kekal di syarikat itu sebagai penasihat kanan dan ahli lembaga sehingga persaraannya pada akhir 2026, menurut Disney.-REUTERS