Bekalan air Johor stabil, empat empangan diberi perhatian

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh/Foto RTM

JOHOR BAHRU, 3 Februari -Bekalan air bersih di Johor kekal stabil walaupun lebih sebulan tidak menerima hujan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bekalan air bersih di Johor kekal stabil walaupun lebih sebulan tanpa hujan.
  • Empat empangan turun di bawah 60% paras air memerlukan perhatian rapi walaupun belum kritikal.
  • Mesyuarat koordinasi dan kemungkinan pembenihan awan akan dipertimbang bergantung pada keperluan cuaca.

Bagaimanapun, empat daripada 16 empangan mencatatkan paras air di bawah 60 peratus dan perlu diberi perhatian rapi meskipun belum berada pada tahap kritikal.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, empangan terlibat ialah Empangan Upper Layang (46.89 peratus), Empangan Pulai 1 (47.63 peratus), Empangan Gunung Pulai 2 (56 peratus) dan Empangan Lower Layang (60.33 peratus).

“Kita sudah melalui tempoh lebih sebulan tanpa hujan. Mesyuarat koordinasi akan diadakan esok bagi menyusun kawasan yang perlu bersedia sekiranya berlaku penutupan atau pengurangan operasi loji, namun buat masa ini keadaan masih terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Jambatan Konkrit Jalan Gelang Patah-Pendas di sini hari ini.

Menurut beliau, cadangan pelaksanaan pembenihan awan akan dibincangkan, namun pelaksanaannya bergantung kepada keperluan serta faktor cuaca termasuk kelajuan angin yang boleh menjejaskan keberkesanan operasi.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan