Transformasi digital dorong syarikat kekal berdaya tahan

Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 3 Feb – Transformasi digital kini menjadi keperluan utama bagi memastikan syarikat kekal berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Transformasi digital penting untuk kekal berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi mencabar.
  • Pusat sehenti mempercepat pendigitalan dengan automasi, keselamatan siber dan sokongan operasi.
  • Inisiatif membantu syarikat mikro, kecil dan sederhana akses penyelesaian digital dan kurangkan kos.
  • Peralihan digital merentas sektor tingkatkan produktiviti dan daya saing jangka panjang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030,yang mengutamakan peralihan digital merentas sektor, termasuk perkhidmatan dan logistik, bagi mengukuhkan produktiviti serta daya saing jangka panjang.

Menurutnya, kewujudan pusat sehenti bagi peserta industri turut mempercepat usaha pendigitalan termasuk penyelesaian automasi, keselamatan siber, sistem sokongan operasi serta aplikasi kecerdasan buatan (AI).

“Inisiatif ini membantu syarikat mendigitalkan keseluruhan operasi seperti GDEX Berhad yang menyediakan keupayaan yang diperlukan.

”Saya alu-alukan inisiatif ini kerana ia membantu syarikat, termasuk kecil dan sederhana, mendapatkan perkhidmatan untuk menjadikan proses lebih efisien serta meningkatkan produktiviti,” katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Sehenti GD XCHANGE.

Pusat sehenti teknologi itu merupakan inisiatif di bawah GDEX Berhad yang menyediakan penyelesaian teknologi rantaian bekalan secara menyeluruh termasuk keselamatan siber, penyelesaian ruang kerja dan peranti pintar.

Inisiatif tersebut dapat membantu perniagaan khususnya syarikat mikro, kecil dan sederhana dalam meneroka penyelesaian digital secara langsung, mengurangkan kos operasi serta mempercepat kadar penerimagunaan digital.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan