Fasiliti TBS ditambah baik menjelang musim perayaan

FOTO BERNAMA


KUALA LUMPUR, 3 Februari – Kemudahan dan fasiliti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) akan ditambah baik menjelang dua perayaan utama iaitu Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri, bagi memastikan keselesaan pengguna terjamin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak operator wajib memastikan eskalator dan lif berfungsi dengan baik menjelang musim perayaan.
  • Tandas dan kemudahan asas di TBS mesti dijaga kebersihan dan keselesaan pengguna tidak boleh dikompromi.
  • Penambahbaikan bertujuan meningkatkan pengalaman perjalanan dan memastikan kelancaran operasi terminal.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, persediaan rapi terhadap kemudahan asas terminal merupakan tanggungjawab pihak operator memandangkan caj perkhidmatan dikenakan kepada penumpang.

Beliau menjelaskan, pihak kementerian memandang serius aduan orang ramai berhubung tahap kemudahan di TBS, termasuk eskalator dan lif yang tidak berfungsi serta isu kebersihan tandas.

“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat banyak aduan diterima berkaitan eskalator dan lif yang tidak berfungsi serta keadaan tandas yang kurang memuaskan. Oleh itu, kita telah mewajibkan pihak operator untuk memastikan semua eskalator berfungsi, lif berada dalam keadaan baik dan tandas sentiasa bersih,” katanya.

Beliau menegaskan, aspek asas seperti kemudahan dan kebersihan tidak boleh dikompromi, lebih-lebih lagi ketika tempoh puncak perayaan yang menyaksikan peningkatan jumlah penumpang.

“Isu keselesaan pengguna sentiasa menjadi perhatian Kementerian Pengangkutan. Memandangkan pihak operator mengenakan caj perkhidmatan, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan kemudahan serta kebersihan terminal sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini, yang turut disertai sesi beramah mesra bersama pengguna terminal.

Beliau turut berharap usaha penambahbaikan itu dapat meningkatkan pengalaman perjalanan penumpang serta memastikan kelancaran operasi terminal sepanjang musim perayaan akan datang.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan