Terlepas gelaran Terbuka Australia, Djokovic beri bayangan bersara

Novak Djokovic menghadiri sidang media selepas tewas kepada Carlos Alcaraz pada perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Australia di Melbourne/Foto AFP

MELBOURNE, 2 Januari – Bintang Tenis Serbia, Novak Djokovic beri bayangan untuk bersara selepas gagal meraih gelaran Grand Slam ke-25 pada saingan Terbuka Australia, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Djokovic beri bayangan mungkin bersara selepas tewas di final Terbuka Australia kepada Carlos Alcaraz.
  • Pemain 38 tahun itu kalah dalam final empat set dan gagal mencapai Grand Slam ke-25.
  • Djokovic akui menerima sokongan luar biasa dari peminat sepanjang kejohanan walaupun hubungan pasang surut.
  • Beliau menyediakan dua teks ucapan berbeza, seolah-olah mengisyaratkan perpisahan jika kalah.

Pemain berusia 38 tahun itu tewas kepada jaguh muda Sepanyol, Carlos Alcaraz pada pentas akhir.

Djokovic sebelum ini menolak spekulasi persaraan dan menyatakan hasrat mempertahankan pingat emas Olimpik pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Bagaimanapun, selepas tewas kepada Alcaraz dalam perlawanan akhir empat set, Djokovic memberi bayangan mungkin tidak kembali ke Melbourne.

“Entah apa yang akan berlaku esok, apatah lagi enam atau 12 bulan akan datang,” katanya kepada penonton di Arena Rod Laver.

Djokovic memenangi rekod 10 gelaran Terbuka Australia dan kekalahan itu merupakan yang pertama dialaminya dalam perlawanan akhir kejohanan berkenaan.

Walaupun berdepan hubungan pasang surut dengan peminat tempatan, Djokovic mengakui menerima sokongan luar biasa sepanjang kejohanan kali ini.

“Anda semua telah memberikan sesuatu yang tidak pernah saya alami di Australia.

“Begitu banyak kasih sayang, sokongan dan aura positif. Saya cuba membalasnya dengan persembahan tenis terbaik sepanjang tahun-tahun saya beraksi.” katanya sebagai menghargai sokongan peminat.

Ucapan tersebut dilihat seolah-olah ucapan perpisahan, dengan Djokovic mengesahkan beliau menyediakan dua teks ucapan berbeza, sama ada menang atau kalah. – AFP

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan