Serie A: Inter kukuh kedudukan sebagai pendahulu

Aksi para pemain Inter Milan ketika bertem Cremonese/AFP

MILAN, 2 Februari – Inter Milan melanjutkan rekod cemerlang mereka di Serie A selepas menewaskan Cremonese 2-0 pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inter terus kukuh di puncak liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Cremonese, menjarakkan lapan mata dari AC Milan.
  • Lautaro Martinez dan Piotr Zielinski menjaringkan gol separuh masa pertama untuk mengekalkan rentak tanpa kalah Inter.
  • Insiden mercun yang hampir mencederakan penjaga gol Emil Audero mendapat kritikan dan dikecam oleh pemain Inter.

Kemenangan itu melebarkan lagi jurang kepada lapan mata di hadapan pencabar terdekat, AC Milan.

Gol jaringan Lautaro Martinez dan Piotr Zielinski pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan Inter terus kekal tanpa kalah dalam 11 perlawanan liga terakhir.

Pasukan bimbingan Cristian Chivu mengumpul 31 mata daripada 11 perlawanan menentang pasukan bawahan liga.

“Kemenangan ini bukan untuk menghantar mesej kepada liga lain, tetapi mesej kepada diri kami sendiri.

“Masih jauh perjalanan ini dan liga sangat seimbang,” kata Martinez.

Gol Martinez pada minit ke-16 hasil tandukan berpunca dari sepakan sudut Federico Dimarco, menjadikan beliau penjaring keempat terbanyak Inter dalam sejarah Serie A, menyamai rekod Alessandro Altobelli dengan 128 gol.

Namun malam yang sepatutnya positif hampir bertukar cemas apabila penjaga gol Cremonese, Emil Audero, terjatuh selepas hampir terkena mercun yang dilontarkan penyokong Inter di belakang golnya.

Perlawanan terpaksa dihentikan selama beberapa minit menyaksikan Audero hanya mengalami kecederaan ringan.

Bagaimanapun, Audero berjaya meneruskan perlawanan sehingga tamat.

“Ini perkara yang perlu dikritik… ia sangat berbahaya,” kata pertahanan Inter, Alessandro Bastoni.

“Saya hanya boleh menyatakan solidariti dengan Emil, rakan sepasukan kami. Harap kejadian seperti ini tidak berulang”, jelasnya.

Cremonese yang memulakan musim dengan baiktewas dalam sembilan perlawanan terakhir dan berada di tangga ke-16, lima mata di atas zon penyingkiran. – AFP

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan