Curacao sedia kejutkan Jerman

Curacao mampu cipta kejutan ketika berdepan Jerman. Foto/AFP

LOS ANGELES, 14 JUN – Pasukan Curacao bersedia untuk cipta kejutan pada aksi kumpulan E menentang Jerman awal pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Curacao, negara berpenduduk 160,000, tampil buat kali pertama di pentas Piala Dunia dan turun tanpa tekanan sebagai bukan pasukan pilihan.
  • Jurulatih Dick Advocaat puji semangat luar biasa skuad, percaya mereka mampu mencuri mata lawan Jerman.
  • Julian Nagelsmann mengesa Jerman kekal fokus, jangan pandang rendah Curacao; prestasi pemain tentukan keputusan perlawanan.

Pasukan yang mewakili negara berpopulasi 160,000 penduduk itu akan turun tanpa tekanan selepas mencipta sejarah buat kali pertama ke pentas Piala Dunia.

Jurulatihnya, Dick Advocaat percaya skuadnya mampu mencuri mata dalam perlawanan menentang Jerman.

“Pasukan ini mempunyai semangat yang tidak pernah saya saksikan sebelum ini. Sudah tentu mereka akan memberikan segala-galanya untuk Curacao.

“Ini kerana kami turun tanpa tekanan dan bukan pasukan pilihan,” kata pengendali berusia 78 tahun itu.

Sementara itu, jurulatih Jerman Julian Nagelsmann mengesa pasukannya fokus dan tidak memandang rendah dengan keupayaan Curacao.

“Kamu tidak akan memenangi perlawanan ini hanya kerana kamu pasukan pilihan. Prestasi pemain di atas padang adalah penentu siapa yang akan menang,” jelasnya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.