Gementar punca Brazil gagal atasi Maghribi

Brazil sekadar seri 1-1 ketika berdepan Maghribi pada aksi pertama kumpulan C. Foto/AFP.

EAST RUTHERFORD 14 Jun – Jurulatih Brazil Carlo Ancelotti mengakui tidak gembira dengan prestasi skuad Selecao selepas sekadar seri 1-1 dengan Maghribi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurulatih Carlo Ancelotti tidak gembira dengan prestasi skuad, menganggap permainan mengecewakan.
  • Skuad turun bermain dalam keadaan gementar, kerap hilang penguasaan bola dan sukar pada separuh masa pertama.
  • Perlu usaha membina pasukan lebih seimbang dan agresif menyerang, serta manfaatkan peluang dalam perlawanan seterusnya.

Bekas pengendali Real Madrid itu berkata, Brazil turun beraksi dalam keadaan gementar dan tidak bersedia.

“Perlawanan separuh masa pertama adalah sukar. Kami gementar dan banyak kehilangan penguasaan bola.

“Kami perlu terus berusaha untuk membina pasukan yang lebih seimbang dan lebih agresif untuk menyerang,” katanya.

Pada aksi kumpulan C itu, Maghribi meledakkan gol pembukaan menerusi Ismael Saibari pada minit ke-21 sebelum Vinícius Junior menyamakan kedudukan 11 minit kemudian.

Brazil yang tampil dengan reputasi juara Piala Dunia sebanyak lima kali bagaimanapun berpeluang meraih mata penuh pada aksi menentang Haiti Jumaat ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.