Amaran ribut petir di sembilan negeri, Sabah dan Sarawak hingga 12 malam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 27 November – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 12 tengah malam ini, menurut Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • Di Semenanjung, amaran melibatkan kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  • Di Sarawak, kawasan terjejas termasuk Marudi, Miri, Kuching, Serian, Sri Aman, Song dan Limbang.
  • Di Sabah, amaran melibatkan Kalabakan, Pensiangan, Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau dan Kota Marudu.
  • Amaran dikeluarkan apabila ribut petir membawa hujan melebihi 20 milimeter sejam, dan sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Di Semenanjung, kawasan terjejas membabitkan Kedah, iaitu Bandar Baharu dan Kulim; seluruh Pulau Pinang; serta Kuala Kangsar, Selama dan Larut Matang di Perak.

Amaran sama turut melibatkan Cameron Highlands dan Bentong di Pahang; Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan; Jasin dan Melaka Tengah di Melaka; serta Tangkak di Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Marudi, Beluru dan Miri; Kuching; Serian; Asajaya dan Sebuyau; Sri Aman; Song; serta Limbang.

Sementara itu, di Sabah, kawasan dijangka ribut petir membabitkan Kalabakan; Pensiangan dan Tambunan; Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Ranau; serta Kota Marudu.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.