
LIVERPOOL, 1 Februari – Pasukan Liverpool akhirnya menamatkan kemarau kemenangan Liga Perdana Inggeris bagi tahun 2026 selepas mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Newcastle dalam perlawanan di Anfield, awal pagi tadi
- Ekitike bangkitkan Liverpool dengan dua gol pantas menjelang tamat separuh masa pertama.
- Wirtz terus cemerlang dan tambahkan jaringan penting pada separuh masa kedua.
- Kemenangan 4-1 hentikan kemarau kemenangan liga Liverpool dan hidupkan semula semangat Anfield.
- Kemenangan naikkan Liverpool ke tangga kelima, manakala Newcastle terus bergelut di tempat lawan.
The Reds yang mengharungi lima perlawanan liga tanpa kemenangan sebelum ini, terlebih dahulu dikejutkan apabila Newcastle mendahului menerusi jaringan Anthony Gordon pada minit ke-36.

Namun, tuan rumah bangkit dengan dua gol pantas Hugo Ekitike pada minit ke-41 dan minit ke-43 menjelang tamat separuh masa pertama mengubah sepenuhnya momentum perlawanan dan menghidupkan kembali suasana di Anfield.
Pada separuh masa kedua, Florian Wirtz meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menjaringkan gol ketiga Liverpool pada minit ke-67, sebelum Ibrahima Konate melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada waktu kecederaan sebelum wisel penamat.

Kemenangan itu melonjakkan Liverpool ke tangga kelima liga dalam misi untuk memastikan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Sebaliknya, Newcastle terus bergelut dalam aksi di laman lawan dan masih tanpa kemenangan dalam 30 kunjungan liga ke Anfield.
Skuad kendalian Eddie Howe itu kini jatuh ke tangga ke-10 liga dan semakin tercicir dalam perebutan slot Eropah.