Ribuan tunjuk perasaan bantah dasar imigresen AS di San Francisco

Foto REUTERS

SAN FRANCISCO, 31 1 Februari -Ribuan penunjuk perasaan memenuhi jalan‑jalan di San Francisco pada Sabtu, membantah dasar imigresen Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di San Francisco menentang dasar imigresen AS.
  • Protes mengecam Presiden Trump dan agensi ICE, menuntut perubahan politik yang lebih luas.
  • Para perarakan membawa sepanduk seperti "Stop ICE" dan mendapat sokongan hon pemandu.
  • Trump mengarahkan DHS tidak campur tangan kecuali diminta atau harta persekutuan terancam.

Bantahan itu turut mengecam Presiden Donald Trump serta Immigration and Customs Enforcement (ICE) dengan menuntut perubahan politik yang lebih luas.

Penunjuk perasaan berhimpun di sepanjang Van Ness Avenue termasuk di hadapan sebuah bilik pameran Tesla, sambil membawa sepanduk seperti “Stop ICE,” “Dictator Wannabe” dan “Impeach ICE, Barbie Noem And Trump!”.

Pemandu yang melalui jalan itu turut membunyikan hon sebagai tanda solidariti sepanjang perarakan.

Ketika protes berlangsung, Presiden Trump telah memuat naik kenyataan di media sosial pada Sabtu, mengarahkan Department of Homeland Security (DHS) untuk tidak campur tangan dalam protes di bandar yang dikendalikan pihak berkuasa tempatan.

Melainkan jika diminta oleh pegawai tempatan atau sekiranya harta persekutuan terancam.

Beliau menegaskan bahawa pegawai ICE dan Border Patrol akan terus menjaga bangunan persekutuan. – REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan