Hanya 24 peratus calon wanita dalam pilihan raya umum Jepun

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi/AFP

TOKYO, 28 Januari – Peratus wanita yang bertanding dalam pilihan raya umum Jepun bulan depan dilaporkan hanya meningkat sedikit, meskipun Sanae Takaichi mencatatkan sejarah apabila dilantik sebagai Perdana Menteri wanita pertama negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenaikan kecil calon wanita hanya 1 peratus, menunjukkan kemajuan perlahan dalam penyertaan politik wanita.
  • Pemimpin konservatif Takaichi kurang fokus pada dasar kesaksamaan jantina dan DEI, menjejaskan inisiatif perubahan.
  • Jepun terus ketinggalan global dalam kesaksamaan jantina, menduduki tempat ke-118 daripada 148 negara.

Daripada 1,285 calon Dewan Rendah yang memulakan kempen, 24 peratus adalah wanita.

Peratusan berkenaan hanya satu peratus lebih tinggi berbanding 23 peratus pada pilihan raya lalu.

Kerajaan terdahulu, menetapkan sasaran 35 peratus calon wanita menjelang 2025. namun di bawah pimpinan Takaichi, sasaran baharu belum ditetapkan lagi.

Takaichi, seorang konservatif yang mengagumi Margaret Thatcher, tidak menunjukkan minat terhadap isu kesaksamaan jantina.

Kabinetnya yang terdiri daripada 19 menteri hanya mempunyai tiga wanita, meskipun pernah berjanji untuk mencapai tahap penyertaan seperti negara-negara Nordik.

Pendekatan konservatif Takaichi juga dapat dilihat melalui kritikannya terhadap undang-undang abad ke-19 yang mewajibkan pasangan berkahwin berkongsi nama keluarga iaitu peraturan yang lebih banyak menjejaskan wanita.

Pakar politik menjangkakan tumpuan beliau tidak akan beralih kepada dasar kepelbagaian, kesaksamaan, dan inklusi (DEI) dalam masa terdekat.

Parti Demokratik Liberal (LDP) yang dipimpinnya, wanita hanya mewakili 12.8 peratus daripada keseluruhan calon. Angka berkenaan menunjukkan penurunan lebih tiga peratus sejak pilihan raya lalu.

Parti-parti kecil seperti Sanseito mempertaruhkan calon wanita wanita membentuk kira-kira 43 peratus daripada 190 calon mereka.

Laporan Jurang Jantina 2025 oleh Forum Ekonomi Dunia menobatkan negara Nordik seperti Iceland, Finland, dan Norway menduduki tiga teratas.

Manakala Jepun terus ketinggalan di peringkat global dalam kesaksamaan jantina, menduduki tempat ke-118 daripada 148 negara. -AFP
.