
JOHOR BAHRU, 24 Januari – Pelaksanaan Sistem High Speed – Weigh In Motion (HS-WiM) di Jalan Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Bahru, mampu mengurangkan kes kenderaan lebih muatan, seterusnya menangani kerosakan jalan, khusus di jajaran Lebuhraya Pasir Gudang.
- HS-WiM mengesan berat kenderaan secara automatik semasa bergerak, beroperasi 24 jam.
- Mengurangkan kenderaan lebih muatan untuk menangani kerosakan permukaan jalan di Pasir Gudang.
- Menyokong penguatkuasaan tepat, cepat dan berasaskan data tanpa menjejaskan kelancaran trafik.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, lebuhraya itu sinonim dengan isu permukaan
jalan berlubang dan rosak akibat beban berlebihan.

Sistem tersebut mengesan berat kenderaan secara automatik, semasa kenderaan bergerak, dan beroperasi 24 jam sehari.
Ia menyokong penguatkuasaan menyeluruh, tanpa menjejaskan kelancaran trafik.
HS WiM juga memastikan tindakan terhadap kesalahan lebih muatan, dilaksanakan dengan tepat, cepat dan berasaskan data.
Selain Lebuhraya Pasir Gudang, sistem tersebut juga dilaksanakan di Sri Gading Batu Pahat.