
BATU KAWAN, 15 Januari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk
melengkapkan siasatan dan laporan teknikal berhubung insiden letupan kerja penyelenggaraan sistem penyaman udara di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, Isnin lalu.
- JBPM sasarkan sekurang-kurangnya dua minggu untuk lengkapkan siasatan dan laporan teknikal mengenai letupan kompresor penyaman udara.
- Siasatan forensik menyeluruh merangkumi peralatan, pemilik, pengeluar dan rakaman persatuan profesional untuk tentukan punca sebenar.
- Analisa sampel bergantung pada kerumitan; JBPM sedia rujuk makmal luar jika memerlukan teknologi analisa lebih tinggi.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata, siasatan terperinci punca kejadian masih dilakukan oleh pihak forensik Bahagian Siasatan
Kebakaran .
” Dua minggu sebab mengambil masa. Sebab kita nak umumkan dari segi punca, kita kena pastikan betul-betul puncanya semua. Kita buat siasatan dari segi segenap aspek. Bukan saja kita siasat peralatan, kita juga buat rakaman persatuan profesional. Jadi melalui banyak proses. Kita bukan sahaja siasat daripada pihak pemilik tetapi juga pihak pengeluar peralatan, ” katanya ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes kebakaran terbabit.
Mengulas lanjut, beliau berkata tempoh analisa sampel yang diambil di lokasi kejadian bergantung kepada kerumitan kes, dan pihaknya bersedia merujuk kepada kepakaran makmal agensi luar sekiranya memerlukan teknologi analisa yang lebih tinggi. “katanya.
Ahmad Izram ditemui media selepas Lawatan Kerja Rasmi di Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang pagi tadi.
Pada Isnin lalu, seorang kontraktor berusia 24 tahun maut manakala sembilan cedera apabila sebuah kompresor unit penyaman udara meletup di sebuah universiti swasta di Jalan Semantan, Bukit Damansara.