
KUALA TERENGGANU, 11 Januari – Seramai 22,213 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan 2026 di 352 sekolah rendah seluruh Terengganu hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Sesi persekolahan 2026 di SK Gong Tok Nasek berjalan lancar mengikut tinjauan lapangan.
- Murid tiba awal sekitar pukul 7.00 pagi dan disambut dua maskot untuk menceriakan hari pertama.
- Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia hadir menyantuni pelajar semasa lawatan rasmi.
- Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu turut hadir bersama dalam aktiviti sambutan sekolah.
Turut memulakan sesi persekolahan hari ini termasuk 9,528 murid prasekolah.
Tinjauan yang dilakukan RTM di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu mendapati sesi persekolahan berjalan lancar.
Murid-murid yang tiba di sekolah seawal pukul 7.00 pagi tadi disambut dua maskot bagi menceriakan sesi persekolahan hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas turut hadir menyantuni pelajar di sekolah berkenaan bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed.