GUA MUSANG, 18 November – Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan berlaku runtuhan tanah.
RINGKASAN BERITA AI
- Laluan D29 ditutup sepenuhnya akibat runtuhan tanah sejak 17 November sehingga diberitahu kemudian.
- Penutupan melibatkan Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang.
- Pengguna diminta guna laluan alternatif melalui Gua Musang–Sungai Asap–Bertam–Meranto–Jeli.
- Satu lagi laluan alternatif adalah Gua Musang–Sungai Sam–Jeli.
- Orang ramai diingatkan merancang perjalanan dan patuhi papan tanda serta arahan pihak berkuasa.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang menerusi hantaran Facebook memaklumkan, penutupan laluan tersebut berkuat kuasa pada 17 November sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Pengguna diminta menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Gua Musang-Sungai Asap-Bertam-Meranto-Jeli dan Jalan Gua Musang-Sungai Sam-Jeli,” menurut hantaran itu.
Para pengguna turut diingatkan untuk merancang jadual perjalanan selain mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan.