fb fb fb fb fb

'Tahniah Harimau Malaya. Terima kasih daripada seluruh rakyat Malaysia' - PM

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar, malam tadi.

Beliau turut berharap pasukan bola sepak negara akan meneruskan perjuangan mereka dan tidak menyerah kalah.

"Tahniah Harimau Malaya beri tentangan sengit kepada Korea Selatan.

"Terima kasih daripada seluruh rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan anda selepas ini, usah menyerah kalah," kata Anwar dalam Facebooknya.

Skuad Harimau Malaya hampir menumbangkan juara dua kali Korea Selatan sebelum mencatat keputusan seri 3-3 pada perlawanan berkenaan, sekali gus menyaksikan Korea Selatan kekal di posisi kedua Kumpulan E dengan mengumpul lima mata sementara Malaysia membawa satu mata. 

ARTIKEL BERKAITAN
Piala Asia: Harimau Malaya ikat Korea Selatan 3-3

SITI AISHAH BINTI MD ISA