KUCHING, 19 Ogos - Skuad Kriket Kelantan mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara final kriket menewaskan tuan rumah, Sarawak dengan catatan 10 wiket sekali gus membolehkan Negeri 'Che Siti Wan Kembang' itu meraih emas kedua secara keseluruhan.
Ketua Jurulatih Kelantan, Ahmad Zahid Adnan, berkata walaupun menghadapi saingan sengit daripada tuan rumah, namun nasib menyebelahi mereka.
“Bagi saya perlawanan ini sangat sengit, kedua-dua pasukan telah menunjukkan komitmen yang bagus, Ini bermakna kita menunjukkan permainan kriket yang sebenar-benarnya dalam pertandingan ini,” katanya demikian ketika ditemui pemberita sejurus selepas tamat perlawanan.
Skuad Kijang menang bergaya ke atas Sarawak dengan jumlah larian 105/10 wiket berbanding pasukan Sarawak yang mencatatkan larian sebanyak 80/7,
Dalam pada itu, Sarawak turut mencipta rekod tersendiri apabila memenangi perak selepas layak kali pertama ke pentas final.
Kali terakhir Sarawak memenangi pingat gangsa menerusi acara sama pada 2004.
Pengurus Pasukan, Roslan Baharuddin tetap memuji pencapaian cemerlang dan membanggakan anak-anak buahnya yang berjaya melangkah ke final meskipun hanya meletakkan sasaran untuk mara ke separuh akhir pertandingan.
“Tidak dinafikan berlaku beberapa kesilapan kecil khususnya pada pusingan awal, namun kita berjaya bangkit dan mengejar dengan" ujarnya.
Pingat gangsa pula diraih oleh pasukan selangor selepas menewaskan Terengganu dengan kelebihan 31 larian, iaitu 112/8, berbanding 81/9 dicatatkan pasukan Terengganu.