fb fb fb fb fb

Singapura tolak anjur Komanwel 2026

Foto Hiasan/Foto RTM

SINGAPURA, 4 April-Singapura memutuskan untuk tidak membuat sebarang tawaran sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Perkara itu dilaporkan media tempatan.

Sukan Komanwel Singapura, CGS dan Majlis Sukan Singapura (SportSG) dalam satu kenyataan bersama berkata mereka telah mengkaji kemungkinan menganjurkan temasya itu dan membuat keputusan berkenaan.

Persekutuan Sukan Komanwel, CGF semasa perhimpunan agungnya pada November 2023 menjemput semua ahli persatuan, termasuk Singapura untuk menyatakan minat bagi menganjurkan Sukan Komanwel 2026.

Ini susulan tuan rumah asal, Victoria mengambil keputusan menarik diri dengan mendakwa peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal kepada AS$6.9 bilion

Malaysia sebelum ini menolak tawaran CGF untuk menjadi tuan rumah disebabkan kos penganjuran yang terlalu tinggi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD