
PUTRAJAYA, 16 Ogos – Keputusan hala tuju Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan kekal atau sebaliknya dalam Kerajaan Perpaduan akan ditentukan secara kolektif oleh perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP hari ini.
- Anthony Loke menegaskan keputusan wajar dibuat oleh kira-kira 4,000 perwakilan, bukan hanya 40 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat.
- Pilihan parti adalah kekal dalam kerajaan untuk mempengaruhi dan menunaikan janji atau kembali sebagai backbench untuk menjadi check and balance.
- Proses diperdemokrasikan dan diserahkan kepada kebijaksanaan perwakilan DAP, kata Loke dalam ucapan dasar Persidangan Kebangsaan DAP 2026.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata keputusan berkenaan wajar diputuskan oleh kira-kira 4,000 perwakilan sebagai tanda demokrasi dan bukannya hanya 40 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) sahaja.
“Jadi pada hari ini kita hendak tentukan sama ada hala tuju kita kekal dalam kerajaan sehingga tamat tempoh untuk terus kita laksanakan tugas kita, cuba untuk kita mempengaruhi dan juga membawa perubahan dan janji ataupun kita memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ dalam kerajaan iaitu kembali kepada backbenchers,” jelasnya.
“Kita mendemokrasikan proses membuat keputusan ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan perwakilan DAP untuk menentukan hala tuju parti,” tegas Loke dalam ucapan dasar di Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di sini, hari ini.