MILAN, 24 April - Inter Milan mengesahkan gelaran Serie A ke-20 mereka selepas menang 2-1 ke atas AC Milan.
Jaringan Francesco Acerbi dan Marcus Thuram mengesahkan kemenangan skuad Simone Inzaghi manakala Fikayo Tomori menjaringkan gol lewat untuk mengurangkan defisit.
Perlawanan itu turut menyaksikan tiga kad merah dilayang pada masa kecederaan dengan Milan beraksi sembilan pemain.
Inter yang hanya tewas sekali dalam aksi liga musim ini berkelebihan 17 mata di puncak Serie A dan tidak dapat dikejar lagi pasukan di tangga kedua Milan dengan berbaki lima perlawanan.
Sebaik pengadil menamatkan perlawanan, pemain Inter dan staf mereka meraikan kejayaan di atas padang dan disambung penyokong mereka di luar stadium.