fb fb fb fb fb

Sepak takraw: Thailand akui Malaysia pamer permainan terbaik

Suphaloek Kimthong, Penolong Jurulatih Pasukan Sepak Takraw Thailand

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Walaupun Malaysia belum dapat mencapai impian mengalahkan Thailand dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2024 menerusi acara berpasukan dalam perlawanan hari ini, namun jurang antara kedua-dua pasukan dilihat semakin rapat.

Ini membuktikan prestasi pasukan sepak takraw negara semakin meningkat, malah Thailand juga sedar akan peningkatan prestasi tersebut.

"Permainan yang bagus. Sekarang prestasi pasukan Malaysia juga meningkat," kata Suphaloek Kimthong, Penolong Jurulatih Pasukan Thailand.

Perkara tersebut turut diakui oleh pemain negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi sambil memaklumkan, "Jurang kami (Malaysia dan Thailan) semakin dekat. Cuma Thailand, kita tahu kekuatan mereka bagaimana. (Namun) kami tidak akan putus asa".

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sepak Takraw Negara, Ahmad Jais Baharun memaklumkan bahawa terdapat beberapa perkara perlu diperbaiki bagi meningkatkan prestasi skuad negara.

"Dari segi keseluruhan ada peningkatan tetapi ada beberapa elemen masih perlu kita kemas kinikan lagi. Itu perlu kita tekankan untuk peningkatan prestasi pemain-pemain," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan final Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Ttitiwangsa, hari ini.

Dalam pada itu, penyokong pasukan negara menyatakan kesetiaan mereka untuk bersama skuad tanah air tidak kira ketika "jatuh atau bangun", dan menyifatkan perlawanan hari ini tetap membanggakan.

"Kita nampak peningkatan dari dulu lawan Thailand... regu pertama, regu kedua susah, regu ketiga kita boleh lawan sampai hujung. Thailand nak menang pun susah tu sebenarnya. Ahmad Jais punya coach memang saya respect," Samsul Azrin Radzli, penyokong

"Sengit. Malaysia tak kalah dengan mudah, Malaysia melawan," Muhammad Haqim Mohd Aidil, penyokong.

"Malaysia dah bagi (persembahan) terbaik. Malaysia boleh! Macam manapun Malaysia menang atau kalah kami akan tetap di belakang Malaysia," Muhammad Aliff Sanip, penyokong.

Saingan yang berlangsung di Stadium Ttitiwangsa petang tadi menyaksikan Malaysia terlepas peluang melakar kejayaan hatrik menerusi acara berpasukan selepas tumpas kepada musuh ketat, Thailand di pentas akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

ARTIKEL BERKAITAN
Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Malaysia terlepas peluang lakar gelaran hatrik

SITI AISHAH MD ISA