KUALA LUMPUR, 26 Mei - Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto meletak sasaran melahirkan lebih ramai pemain dari sektor berkenaan bagi merancakkan persaingan industri badminton tanah air.
Juara dunia dua kali dari Indonesia itu mengakui, Malaysia masih ketandusan bakat setanding gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Gandingan ranking ke-9 dunia ketika ini menjadi satu-satunya beregu campuran negara yang menyerlah di bawah badan induk Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Malah Tang Jie-Ee Wei telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Jelas Nova, agak sukar mencari pemain wanita untuk digandingkan dalam acara beregu campuran.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masa depan kem beregu campuran negara.
Ini susulan keputusan Chan Peng Soon dan Cheah Yee See yang membuat keputusan untuk bersara minggu lalu.