fb fb fb fb fb

Santos FC terbuka terima kepulangan Neymar

Neymar/ AFP

SAO PAOLO, 29 Januari- Presiden Santos FC, Marcelo Teixeira memaklumkan sudah tiba masanya bintang Brazil, Neymar untuk kembali beraksi di negara sendiri.

Marcelo Teixeira menerusi Instagram menyampaikan mesej itu kepada Neymar dan secara tidak rasmi mengesahkan bahawa kepulangan pemain berusia 32 tahun itu akan menyertai Kelab Bola Sepak Santos.

"Masanya telah tiba, Neymar. Masanya telah tiba untuk anda kembali beraksi untuk negara sendiri. Pulang ke tempat sendiri, sertailah kelab tercinta kami," kata Teixeira.

"Selamat datang Ney!... Datang dan bergembira sekali lagi dengan jersi keramat. Santos FC menanti anda dengan tangan terbuka."

Sementara itu Neymar sempat berseloroh menerusi satu hantaran media sosial dengan menulis; "Sungguh sakit untuk berkemas."

Hantaran itu dilakukan sebelum Teixeira memuat naik hantaran di media sosial.

Kontrak Neymar dengan kelab Arab Saudi, Al Hilal ditamatkan atas persetujuan bersama pada Isnin, sekali gus menamatkan tempoh 18 bulan pemain itu akibat kecederaan di Riyadh.

Bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hanya bermain tujuh perlawanan untuk Al Hilal.

Neymar menerima gaji sekitar $104 juta setahun ketika masih berada dalam pasukan berkenaan.

Kemunculan pertama Neymar adalah melalui akademi Santos dan membuat 225 penampilan dan menjaringkan 136 gol.

Kemudian dia menyertai Barcelona pada 2013, memenangi Liga Juara-Juara dua tahun kemudian.

Pada 2017, Paris Saint-Germain menawarkan bayaran perpindahan yang masih rekod dunia sebanyak 220 juta euro ($230 juta) untuk meninggalkan Barca.

Neymar ialah penjaring terbanyak sepanjang masa Brazil dengan 79 gol dalam 128 perlawanan.- AFP

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI