fb fb fb fb fb

Bintang tenis dunia tiba di Australia menjelang saingan United Cup,Terbuka Australia

Bintang tenis Amerika Syarikat, Coco Gauff antara yang tiba di Perth untuk menyertai kejohanan United Cup dan Terbuka Australia/ REUTERS

SYDNEY, 30 Disember - Beberapa pemain tenis terbaik dunia mula tiba di Australia menjelang pembukaan Grand Slam pertama musim 2026, Terbuka Australia yang dijadualkan berlangsung lewat Januari ini.

Naib juara edisi lalu, Alexander Zverev dilihat tiba di Sydney bagi menyertai United Cup, kejohanan berpasukan campuran yang menjadi acara pemanas badan sebelum Terbuka Australia.

United Cup menghimpunkan 18 negara yang bersaing merebut gelaran juara kejohanan berpasukan lelaki dan wanita.

Sementara itu, Amerika Syarikat selaku juara bertahan turut memulakan persiapan apabila pemain bintang mereka Coco Gauff dilihat tiba di Perth untuk menyertai kejohanan tersebut.

Kejohanan United Cup dijangka menjadi pentas awal untuk menguji tahap kecergasan pemain menjelang saingan Terbuka Australia yang akan membuka tirai musim tenis antarabangsa 2026. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN