OGUN, 30 Disember - Bekas juara dunia tinju heavyweight Britain, Anthony Joshua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Negeri Ogun, Nigeria yang mengorbankan dua nyawa, menurut pihak polis tempatan pada Isnin.
Komando Polis Negeri Ogun memaklumkan Joshua, 36, hanya mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta lain di Lebuh Raya Lagos–Ibadan, dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Saksi kejadian berkata Joshua tidak mengalami kecederaan serius, sambil menegaskan bahawa peninju itu berada dalam keadaan stabil selepas kemalangan.
Sementara itu, Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC) mengesahkan lima lelaki terlibat dalam insiden berkenaan, dengan dua disahkan maut, dua lagi tidak mengalami kecederaan, manakala Joshua cedera ringan.
Pihak berkuasa belum mengesahkan siapa yang memandu kenderaan dinaiki Joshua ketika kejadian dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. -REUTERS