BARCELONA, 29 Disember – Barcelona menutup kalendar bola sepak tahun ini dengan sesi latihan terbuka yang diserikan dengan kehadiran ratusan penyokong setia, pada Isnin.
Sesi di Pusat Latihan Johan Cruyff itu menyaksikan pemain bintang seperti Lamine Yamal, Robert Lewandowski dan Raphinha beramah mesra dengan peminat yang hadir bagi meraikan kejayaan pasukan sepanjang tahun.
Di bawah kendalian Hansi Flick, Barcelona kini mendahului carta La Liga dengan 46 mata, empat mata di hadapan seteru utama, Real Madrid.
Kelab Catalan itu juga menutup tahun 2024 dengan prestasi cemerlang apabila mencatat tujuh kemenangan berturut-turut, sekali gus meningkatkan keyakinan menjelang saingan separuh kedua musim ini. -REUTERS