fb fb fb fb fb

Tom Pidcock ungguli peringkat kedua Jelajah Al-Ula

Pelumba basikal Britain, Tom Pidcock

AL-ULA, 29 Januari- Pelumba basikal Britain, Tom Pidcock mempamerkan aksi cemerlang apabila meninggalkan pesaingnya untuk memenangi peringkat kedua Jelajah Al-Ula di Arab Saudi pada Rabu.

Juara Olimpik berganda dalam acara mountai bike itu sebelum ini meninggalkan pasukan Ineos untuk menyertai pasukan Q36.5, sebuah pasukan berstatus divisyen kedua dari Switzerland.

Pidcock, 25, mengakui kemenangan itu adalah hasil strategi pasukan, walaupun ini merupakan perlumbaan keduanya bersama mereka.

“Kami bersepakat untuk cuba memenangi peringkat ini. Saya berada dalam keadaan yang baik, tetapi selepas musim sejuk, sukar untuk menilai prestasi sebenar,” katanya selepas melengkapkan perlumbaan sejauh 157.7km yang berakhir di Gunung Bir Jaydah.

“200 meter terakhir sangat mencabar, tetapi kini segala-galanya masih terbuka dalam perebutan kejuaraan keseluruhan,” tambahnya, yang kini mendahului perlumbaan lima peringkat itu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE