KUALA LUMPUR, 29 Januari- Juara Dunia Remaja 2024, Aaron Tai-Kang Khai Xing mara ke pusingan kedua kejohanan Masters Thailand selepas mengetepikan gandingan tuan rumah Pongsakorn Thongkham-Wongsathorn Thongkham.
Pada aksi berlangsung di Bangkok, Aaron-Khai Xing mengambil masa 31 minit sebelum menang mudah 21-16, 21-18.
Selepas ini, mereka dijadual menentang lawan dari Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin.
Turut mara ke pusingan kedua, beregu wanita muda negara Ong Xin Tee-Carmen Ting selepas mengalahkan S. Kavipriya-S. Simran dari India 21-17, 21-14.
Aksi hari ini bakal menyaksikan empat perseorangan lelaki dan dua perseorangan wanita negara meneruskan perjuangan.
Mereka adalah Justin Hoh, Kok Jing Hong, Aidil Sholeh dan Cheam June Wei manakala kategori wanita diwakili, K. Selvaduray dan K. Letshanaa.
Selain itu, beregu muda negara, B. J. Goonting-F. Razif turut berentap di pusingan 32, hari ini.