fb fb fb fb fb

Proses dapatkan khidmat pemain warisan HM, di peringkat akhir

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Proses untuk mendapatkan pasport bagi pemain warisan dari Belanda untuk skuad Harimau Malaya, kini sudah berada di peringkat akhir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend dalam satu kenyataan, proses berkenaan diharap dapat diselesaikan sebelum pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027, Mac depan.

Jelasnya, pemain warisan tersebut mampu tingkatkan peluang skuad kebangsaan untuk layak ke peringkat seterusnya.

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain tempatan di semua peringkat bola sepak," kata kenyataan itu.

Jelas Friend, walaupun naturalisasi adalah antara komponen utama namun pihaknya memahami kepentingan membentuk bakat tempatan bagi memastikan kejayaan berterusan untuk pasukan kebangsaan.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa enam hingga tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk mewakili Malaysia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM